RELEVANSI PENGGUNAAN KONSEP ISTIBDAL DALAM WAKAF TUNAI: KAJIAN TERHADAP PROJEK BAITUL AWQAF UITM CAWANGAN MELAKA

Norajila Che Mana*, Nor Azlina Abd Wahabb, Norafifah Ab Hamidc, Noormala Rabud, Rawi Nordine

Abstract

Pembangunan hartanah wakaf merupakan aspek yang sangat ditekankan dalam Islam. Secara umumnya, pada tahun 2016 terdapat sejumlah 11,091.82 hektar tanah wakaf yang terbiar, tidak dimajukan dan tidak diurus dengan baik di Malaysia oleh pihak yang bertanggungjawab. Menurut statistik Yayasan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sehingga Jun 2019, dianggarkan 30000 hektar tanah telah diwakafkan di seluruh negara. Namun hanya 13 peratus sahaja tanah wakaf tersebut dimajukan dan dibangunkan. Bagi menangani masalah ini, Islam membenarkan konsep istibdal dilakukan terhadap harta wakaf tersebut. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan memfokuskan kepada aspek keharusan penggunaan istibdal terhadap harta wakaf tunai dan isu- isu berkaitan istibdal tunai. Kajian ini juga akan meneliti kebolehgunaan konsep istibdal dalam projek Baitul Awqaf di UiTMCM. Data dan maklumat kajian ini diperoleh menerusi penelitian terhadap sumber primer dan sekunder yang berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa konsep istibdal wakaf diterima pakai oleh jumhur ulama yang terdahulu dan masa kini, sama ada mauquf tersebut terdiri daripada harta alih atau tak alih. Dengan keharusan istibdal yang diberikan oleh para fuqaha maka segala masalah berkaitan dengan pembangunan harta wakaf dapat diselesaikan dengan mengikut syarat-syarat dan cara yang dibenarkan.

Keywords: Wakaf; Wakaf Tunai; Istibdal; Baitul Awqaf

Issue: Vol 1 No 1 (2020): April 2020

Full Text

Website Statistics

1.png0.png5.png3.png4.png
Sunday, 12 July 2020

Contact Us

Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka

General Inquiry:

cipsf.info@gmail.com

Website Inquiry: 

cipsf.webmaster@gmail.com

©2020 Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF)

Search