PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN ASNAF LUAR BANDAR DI NEGERI PAHANG (DEVELOPMENT OF RURAL ASNAF ENTREPRENEURS IN PAHANG)

Mohd Afandi bin Mat Rania , Muhammad Syahrul Deen Bin Ahmad Roslib , Shofiyyah Moidinc, Mohd Izzat Amsyar Mohd Arifd , Faezy Adenane, Nurul Farhanah Binti Khairuldin*f

Abstract

Keusahawanan luar bandar perlu diberi perhatian yang serius khususnya bagi melahirkan usahawan terutama dari kalangan asnaf zakat. Usahawan yang berkualiti mampu mengubah status masyarakat sekeliling ke arah ekonomi dan sosial yang lebih baik serta berdaya saing. Aktiviti keusahawanan asnaf dilihat masih gagal untuk menarik minat dari generasi muda, dan beberapa sebab telah dikenalpasti termasuk kekurangan pengetahuan tentang perniagaan, latihan dan modal permulaan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan keperluan usahawan zakat pedalaman dan menganalisis faktor kejayaan dan cabaran usahawan asnaf pedalaman di Pahang. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metod pengumpulan data dan analisis data. Metod pengumpulan data dilakukan melalui perpustakaan. Kajian ini turut menggunakan kajian lapangan melalui metod temu bual dan metod pemerhatian. Hasil kajian mendapati terdapat keperluan kepada kerangka pembangunan usahawan asnaf sebagai satu inisiatif untuk membangunkan taraf sosio-ekonomi masyarakat di negeri Pahang, khususnya di kawasan pedalaman.

Keywords: asnaf luar bandar; ekonomi; Pahang; pembangunan usahawan asnaf

Issue: Vol 2 No 1 (2020): December 2020

Full Text

Website Statistics

1.png2.png9.png8.png8.png2.png
Thursday, 28 March 2024

Contact Us

Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka

General Inquiry:

cipsf.info@gmail.com

Website Inquiry: 

cipsf.webmaster@gmail.com

©2024 Center for Islamic Philantrophy & Social Finance (CIPSF)

Search